Khamis, 9 April 2009

EnJiN PeNcArIaN

TEKNIK PENCARIAN MAKLUMAT

Internet adalah satu dunia yang luas,dipenuhi dengan pelbagai maklumat dari seluruh pelusuk dunia.Teknik pencarian yang betul dapat membantu kita untuk menjurus ke maklumat berkaitan dengan topik yang diperlukan.
Laman web yang dicadangkan sebagai pembantu pencarian adalah www.google.com.my.Ia antara enjin pencarian Internet yang terpopular dan terpantas.Laman ini boleh dipaparkan di dalam bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.




Cara pencarian :-

a)Masukkan topik yang hendak dicari ke dalam kotak carian.Contoh dalam gambarajah adalah 'kemerdekaan'.
b)Pilih samada untuk mencari topik ini diseluruh Internet atau terhadkan kehalaman dari Malaysia sahaja.
c)Klik Carian Google untuk memulakan pencarian atau klik butang Saya Rasa Bertuah untuk dibawa terus ke laman yang dirasakan paling tepat dengan topik yang dicari.
d)Hasil pencarian Carian Google akan menyenaraikan laman-laman web yang berkaitan dengan topik carian.Sedikit gambaran laman di mana kata carian yang digunakan juga ditunjukkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan